Apr 9, 2010

BERGAUL TERUNA & DARA..

1Kata Diri:Bolehkah berkawan antara lelaki dan perempuan.Tak salah ke?

Fikir Akal:Berkawan apa salahnya.Yang salah tue apabila buat jahat atau buat dose.

Cuma apabila berkawan itu menghala ke arah hendak buat jahat,hendak buat dosa,jadi salahlah.

Kita berkawan sebab mahu tambah kenalan.Mahu luaskan pengetahuan,mahu bertukar pendapat dan mahu berkongsi pengalaman.Itu tujuan kita berkawan.

Tetapi masalahnya apabila sudah berkawan lelaki dan perempuan,tujuanya sudah jadi lebih daripada itu.Biasanya kea rah hendak bercinta dan berpasangan.

Bercinta dan berpasangan tidak salah.Fitrah,keperluan setiap manusia.Kenal pasangan melalui persahabatan pun tidak salah.Sebab dari situlah kita tahu pemikiran dan perangai.Baru kita Nampak rupa sebenar dia.Daripada situ juga kita boleh nilai sesuatu atau tidak dengan kita.

Teguh Hati:Berkawan mesti ada tujuan.Tujuan mesti betul,baru persahabatannya.


2Kata Diri:Kalau boleh lelaki dan perempuan berkawan,sebab apa agama larang?Sebab apa orang tue sekat?Sebab apa orang lain pandang serong?

Mesti sebab tak betul.

Fikir Akal:Berkawan itu baik.Macam yang kita tahu,berkawan jadi salah,sebab niat kita itu salah.

Kita ambil contoh ibadat.Mana ada ibadat,senbah Tuhan dan dekat diri dengan Tuhan itu tidak baik?Tetapi boleh jadi salah dan tidak baik apabila yang kita sembah itu bukan Tuhan yang sebenarnya.

Bergaul lelaki dan perempuan itu boleh.Baik.Hendak berkawan sebab hendak bercinta dan berpasangan pun boleh.Baik.Apalagi kalau hendak berkahwin.Lagi boleh.Lagi baik.

Syaratnya,matlamat tidak lagi menghalalkan cara.

Berkawan antara lelaki dan perempuan ini kena ada batasnya.Penuhi batas2.Selagi tidak melanggar batas-batasnya,berkawanlah seramai mana mahu.

Teguh Hati:Ada batas,ada ubi.Tiada batas rosaklah hati.



3Kata Diri:Lelaki dan perempuan mesti ada batas.Batas macam mana yang dimaksudakan itu?Macam batas kat kebun sayur tu ke?

Fikir Akal:Batas ini tujuannya mengehadkan.Batas ini same dengan peraturan.Bukan untuk menyekat,menghalang,tetapi untuk membimbing dan mendidik.

Lelaki dan perempuan, kalau berkawan, mesti untuk perkara berfaedah.Bukan untuk hal sia-sia.Berkawan untuk belajar same2,tambah ilmu,kongsi buku,selesaikan kerja atau apa2 saja yang berfaedah.Boleh kita fikirkan sendiri.

Hendak berkawan untuk bercinta pun mesti ada faedah.Maknanya berkawan dengan niat hingga jinjang pelamin.Hendak mencari teman hidup,pasangan kita.Bukan kawan dengan niat mahu suke2.Nak market awex cun n balax hensem.

Itu tak betul.Apa lagi kalau niat berkawan nak lepas sanggap ssemata-mata.Sehingga melampui batas ataupun terkutuk sekali,terjalin hubungan seksual luar nikah.

Berkawan adalah untuk menambah nilai kemanusiaan bukan untuk buat kita jadi haiwan.

Berkawan lelaki dan perempuan,perjumpaannya bersyarat.Tidak boleh berdua-duaan.Mesti kawasan ramai orang.Kawasan lapang bukan sunyi.bercakap hal berfaedah,bukan merapu-rapu.Suara wanita biasa2 tidak boleh menggoda.Pkaian hendaknya menutup keperluan dan tidak menghairahkan.

Perjumpaan biar berkualiti.Sekadar perlu,usah panjang2.sentuhan satu sama lain dielakkan.Apa lagi meraba,memeluk dan mencium.

Teguh hati:Persahabatan itu alat.Gunakn untuk kebaikan,jangan memperalatkan untuk kejahatan.


4Kata Diri:Buat apalah nak letak banyak2 syarat berkawan lelaki dan perempuan ini.Susah2 aje.

Fikir Akal:Biar susah dulu,jangan susah kemudian.

Antara dua manusia berlainan berlainan jantina ini,tarikannya sangat kuat.Tarikan seksual apatah lagi.Kalau tidak dikawal,tidak dibendung,dibimbanagi merebak jadi hal yang merosakkan.

Antara lelaki dan perempuan,apabila berdua-duaan,bersentuhan,akan hadir pihak ketiga iaitu syaitan.Syaitan ini akan memanjangkan lagi kisah dua manusiaini kepada episod yang menyakitkan.Satu manusia masuk campur satu manusia,silap ketika,akan jadi tiga bukan lagi dua.

Anak luar nikah bukan saja berkemungkinan besar dikejami dengan dibunuh melalui pengguguran,bahkan lambang keruntuhan manusia.Manusia ada akal,melepasakan nafsunya secara terhormat kepada pasangan yang sah dalam perkahwinan.Apabila bebas berhubungan dengan siapa saja,jatuhlah kepada taraf haiwan.

Kalau tidak terjadi hubungan seksual pun,fitnah mungkin saja berlaku.Mulut manusia mengeluarkan kata.Sifat mulut manusia ini daripada satu mulut kepada mulut yang lain akan bertambah ceritanya.Ataupun berkurang.Tidak pernah sama.Cerita akhir yang kita dengar kembali akan jadi 360 darjah berbeza daripada cerita asal.

Fitnah merosakkan maruah.Menjatuhkan nilai diri.Meruntuhkan nama baik dan mengakibatkan kita dipandang serong.

Teguh Hati:Nafsu Cuma boleh dicegah,tidak boleh diubat.


5Kata Diri:Berkawan berlainan jantina ini payah.Kerap saja sudah salah faham dan pertengkaran terjadi.

Fikir Akal:Lelaki dan perempuan memang berbeza.Berlawanan.

Sifat lelaki,bercakap apabila sangat perlu,respons cukup melalui tindak balas badan.Bagi perempuan,bercakap itu segala-galanya.wanita menjelaskan perkara melalui perkataan.Setiap benda hendak diceritakan.Kerana itu lelaki banyak diam dan wanita banyak bercakap.Masalah timbul apabila lelaki menganggap wanita terlalu banyak bercakap .Bagi wanita pula,lelaki enggan respons pada percakapan mereka.

Dalam hidup lelaki ada masalah yang besar dan ada masalah kecil.Masalah kecil umpama cawan pecah dan masalah besar umpama tiada kerja.Bagi wanita, tiada masalah kecil ataupun masalah besr.Semua masalah adalah sama.Lelaki menganggap wanita membesar-besarkan isu dan wanita pula menganggap lelaki memandang rendah.

Apabila lelaki menghadapi masalah, mereka suka bersendirian.Mereka akan diam.Apabila wanita bermasalah,mereka akan cari kawan.Mereka akan bercakap lebih banyak.Sebab itu apabila lelaki mengatakan mereka bermasalah,wanita akan cuba sedaya mendekati.Lelaki menganggap wanita tersebut terlalu mengongkong.Apabila wanita pula bermasalah,lelaki cuba member ruang.Wanita menganggap lelaki tidak hirau.

Kebanyakan masalah lelaki dan perempuan adalah masalah pemikiran dan komunikasi yang jauh berbeza.Cara melihat sesuatu perkara dan cara menyampaikan sesuatu hal sangat berlainan.Ini menimbulkan masalah.

Sebab itu berkawan dengan berlainan jantina perlu belajar melihat dari mata kawan kita.Bukan Cuma mata kita.

Teguh Hati:Yang kita lihat sama.tetapi pandangan kita berbeza.Peminta sedekah boleh jadi seorang yang kasihan atau seorang yang pemalas.Bergantung pada pandangan pemerhati.

p/s:maaf kalau ader tsalah ejaan.